Tuesday, December 22, 2009

Hoki Veteran Kebangsaan 2009

16 -20 Disember 2009 berlangsong kejohanan hoki veteran kebangsaan bertempat di Stadium Hoki Komplek Hijau Kuning, Alor Star , Kedah. Saya merupakan satu-satunya anggota polis yang dipilih untuk mewakili Pasukan Hoki Veteran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya diberi tanggung jawab untuk bermain diposisi penjaga gol.
Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Diakhirnya pasukan kami telah mencapai kejayaan gemilang apabila berjaya menjadi JUARA.




Hidup Biar Berjasa









Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt yang melimpahkan rahmat kepada saya dan keluarga. Kedua-dua anak saya telah selamat menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Muar dan juga Kuala Lumpur. Kedua-dua anak saya kini bertugas di Bukit Aman di Cawangan Trafik dan Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Saya berdoa agar kedua-dua anak saya akan berjaya mengharungi kehidupan sebagai anggota polis. Pesan saya kepada anak saya " Jaga maruah dan nama baik, tugas dijunjung sebagai amanah bangsa dan negara".

Monday, August 10, 2009

Anak Bapak - Jejakmu diikuti



10 Ogos 2009 Hari ini saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada anak sulung saya . Dah 25 tahun pun umornya. Rezki melimpah Allah kurniakan kerana hari ni juga saya hantar beliau ke Pulapol untuk menjalani latihan sebagai seorang anggota Polis di Pulapol Kuala Lumpur.

Disamping itu saya juga begitu gembira kerana minggu depan anak saya yang kedua akan menamatkan latihan di Pulapol Muar. Insyaallah jika diizinkan Allah saya bersama isteri dan anak-anak yang lain akan bersama-sama menyaksi upacara tamat latihan yang akan disempurnakan oleh YDH Dato Abd Razak Bokhari Pengarah Pengurusan PDRM.

Saya bangga kerana kedua-dua anak lelaki saya telah berjaya mengikut jejak langkah saya dan isteri untuk berkhidmat didalam Pasukan PDRM. Semuga kedua-dua mereka akan mencapai kejayaan yang gemilang didalam kerjaya masing-masing.

Sebagai seorang bapa yang telah mengharungi kehidupan lebih 30 tahun dalam pasukan, saya tahu pahit getir yang akan ditempuhi oleh anak-anak saya. Walau pun pada mulanya saya tidak mahu mengizinkan anak-anak saya menceburi kerjaya polis , tetapi atas kehendak mereka sendiri, yang amat berminat untuk mencurahkan bakti kepada Masyarakat. Dan diatas kesanggupan mereka meninggalkan kerjaya masing-masing yang lebih baik untuk memasuki PDRM saya rela hati melepaskan mereka menjalani latihan demi menjadi seorang anggota Polis.

Pesan saya kepada anak-anak saya itu " Kalau menggenggam bara , biar sampai jadi arang". "Alang-Alang menyeluk pekasam biar sampai pergelangan lengan" . Jangan pula mereka lupa perjuangan Melayu dengan ingat kepada pepatah "Biar putih tulang , jangan putih mata".

Wednesday, February 4, 2009

JAKARTA


















Tahun 2005 aku menyertai kejohanan Hoki Jemputan Jakarta Open menwakili Pasukan PDRM. Perlawanan dijalankan di Stadium Hoki Komplek Gelora Senayan, Jakarta. Pasukan kami berjaya mendapat tempat ketiga daripada 28 pasukan dunia yang mengambil bahagian.
Semasa berada diJakarta saya telah berkesempatan ketemu rakan lama di Jakarta Hj Rizal dan keluarga pemilik gedung pakaian yang beroperasi di Kota Jakarta. Hj Rizal telah membawa saya melancung ke Kota Bandung dengan menaiki kenderaannya Honda CRV yang dipandu supirnya.
Saya telah dibawa melawat gedung-gedung pakaian di Kota Bandung. Menariknya apabila saya terkenang peristiwa, semasa saya ditegur oleh oleh cewek semasa memasuki sebuah restoran " Bapa mau makan apa" tegur cewek tersebut. Saya terliur nak makan ayam kampung terus jawab " Ok " dan saya terus duduk dimeja yang disediakan. Hj Rizal tiba-tiba panggil saya dan berkata " Bapa sini makanan tidak halal , cari tempat lain" Nasib saya baik , kalau tidak makan ayam tak sembelih la saya.
Saya berkampung di Jakarta selama satu minggu . Dapatlah juga saya berkunjung ke beberapa komplek beli belah . Yang menariknya di Jakarta ada komplek beli belah yang hanya dikhaskan untuk golongan tertentu seperti untuk orang kaya, VIP dan komplek Orang susah yang harga-nya berbeza-beza mengikut taraf hidup. Saya juga sempat merasa hidangan istemewa ikan emas goreng yang pada mulanya saya sangka ikan mas yang perut buncit diMalaysia tetapi bila dimakan didapati hanya ikan kap berwarna kuning. Tertipu saya!
Kalau di Malaysia keadaan jalan sesak dikatakan "Jem" tetapi di Jakarta kalau kenderaan sesak disebut jalan macet.

Bila tiba waktu kepulangan keMalaysia semua pemain begitu seronok naik teksi dikenali nama "Blue bird" , apabila diberitahu mahu keAirport supir terpinga-pinga kerana tidak tahu apa itu airport. Apabila ditlakunkan isyarat tangan supir bagi tau itu dikenali sebagai "Bandara" . Faham lah kami "Airport" dikenali sebagai "bandara".
Masa berada di Bandara Jakarta aku dan rakan-rakan shopping sakan menghabiskan wang rupiah yang masih berbaki dikomplek bebas cukai . Harga barangannya tak lah semurah mana.
Kami berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Boeing 747 Belanda BLM Airlines.

PULAU REDANG

















Tahun 2006 pertama kali jejak kaki ke Pulau Redang apabila bersama-sama isteri dan anak-anak menyertai program Hari Keluarga JSJK KL . Teruja juga melihat jernehnya air laut hinggakan ikan yang berenag di dasar laut dapat dilihat dengan jelas. Suasana di Laguna Resort amat ceria dan menarik sekali. Kepala yang berserabut boleh jadi lapang dan hilang segala keresahan apabila melihat suasana alam semula jadi yang belum tercemar.